Thursday, 14 February 2013

Gagal sekali tak bermaknanya terus gagal

Pepatah yang panjang mungkin hanya gimik.Jika tiada kaitan dengan situasi dibawah sila abaikan.Sekian.

Situasi ini berlaku sewaktu menjalani satu ujian yang senang dalam hidup tapi memerlukan duit yang banyak hanya untuk mendapatkan sekeping kad yang digunakan hingga hujung nyawa mungkin.Amboi,drama.Eh eh,patah balik kapada cerita.Aku gelarkan dirinya Encik Misai.Perbualan ini jugak mungkin membosankan bagi yang tidak memahami jadi tolonglah paksa diri memahaminya.lol

Encik Misai : Kita ikut jalan A ye.
Aku : Jalan A? baiklah Encik

Tanpa berfikir panjang aku hanya turuti kehendaknya.Destinasi yang dituju mempunyai 2 jalan yang penting yang harus dituju.Selesai sahaja jalan yang pertama.Tiba-tiba.....

Encik Misai : Kita terus kembali ke tempat permulaan tadi ye.
Aku : haaa? (kebingunggan)
Encik Misai : Kenapa? tak percaya (cuba untuk berselorong mungkin)

Encik Misai melihat ku begitu kebingunggan dengan hati yang makin terdetik rasa kecewa dia menolong aku menukar haluan.Lantas satu cecair yang berperisa masin membanjiri permukaan kulit pipi ku.Encik Misai cuba menenangkan aku.Ya Allah,apa aku dah buat.Gagal dah ke?

Encik Misai : Lah kenapa awak nagis ni.
Aku : takde pape *tipu actually*

Cuba sembunyikan dan menahan dari cecair itu terus membanjiri pipi ku tapi malangnya tak mampu.Oleh kerana terlalu beremosi tumpuan 100% pemanduan ku menjadi 40% sahaja.Encik Misai masih terus cuba menenangkan aku sehingga sampai di destinasi permulaan tadi.

Encik Misai : kenapa awak nagis ni? malu dekat kereta sebelah.
Aku : *still crying* 
Encik Misai : awak ni mesti anak bongsukan.Awak anak keberapa?
Aku : *teresak-esak memberi jawapan* Anak sulung
Encik Misai : awak nagis ni ada saya marah awak ke. ada saya cakap kasar dengan awak ke
Aku : *geleng kepala*
Encik Misai : kesat air mata awak tu. Malu kat orang.
Encik Misai : *sambil ketawa melihat gelagatku dia mengeluarkan pepatah* ~gagal sekali tak bermakna terus gagal.
Encik Misai : orang menagis ni ada dua makna.Satu menagis kecewa gagal dan satu lagi menagis berjaya

Sambil menghulurkan keputusan untuk ditandatangan.Ya Allah,Alhamdulillah,keputusannya baik.Ah,sampainya hati Encik Misai ni gelakkan aku dari tadi dengan sedikit gimik yang mampu buat aku menagis.Ah,malunya aku.Bengkak mata menagis ni tahuK,harap-harap tak jumpe dah dengan Encik Misai.*ambil cream letak dekat mata*. Selamat mengambil test JPJ kepada yang belum. trololololo. Assalamualaikum